Rabu, 14 Disember 2016

Movie Animation Park Studio( MAPS )

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam 1 Malaysia. Sudah lama rasanya saya tidak mengemaskini blog homestay ini. untuk makluman semua Dina Homestay masih beroperasi seperti biasa dan masih menawarkan harga yang menarik kepada anda cuma perlu telefon dahulu untuk mengetahui tawaran harga yang tidak dijangka. anda pasti teruja dengan tawaran yang kami  sediakan kerana "KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI'.Cepat - cepat cuti sekolah masih lama lagi .bercutilah bersama keluarga anda.untuk makluman Di ipoh Perak terdapat 1 lagi tarikan baharu iaitu MAPS yang akan dibuka tahun hadapan dlebih kurang 17.1 km dari Dina Homestay dan mengambil masa dalam 30 minit untuk sampaiMovie Animation Park Studio (MAPS) Perak ini merupakan sebuah taman tema animasi yang pertama di Malaysia. Ia merangkumi keluasan 20.8 hektar termasuk juga tasik yang menjadi 'pintu masuk' ke taman tema ini. Kos yang terlibat adalah sebanyak RM450 juta, menampilkan karektor animasi popular di dunia dan juga Malaysia. Antaranya ialah karektor animasi dari Dreamworks Studios, termasuklah Mr Peabody and Sherman, The Croods, Megamind dan Casper the Friendly Ghost. Animasi popular zaman 80an, Smurfs juga akan ditampilkan di MAPS. Manakala, animasi popular dari Malaysia yang akan menjadi penghuni di MAPS 
ialah Boboiboy. sebarang pertanyaan dan tempahan penginapan di Dina Homestay boleh hubungi Pn. Sara di talian 0195712869 24 jam/ 7 hari seminggu. kami mengalu -aulukan kedatangan anda ke Negeri Perak. Selamat Datang kome wei.                                       




Selasa, 6 Januari 2015

Taman Tema Air Pancut KTM Ipoh

Taman tema air pancut KTM Ipoh berhadapan dengan Stesen Keretapi Ipoh ( Hotel Mejestic Ipoh ) merupakan tarikan terbaru di bandaraya Ipoh. Taman tema ini terletak 16.3 km dari  Dina Homestay dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan menggunakan kereta. Dahulunya suasana dihadapan stesen ini merupakan taman biasa kini telah dinaiktaraf menjadi satu taman yang unik dan sesuai menjadi tempat rekreasi seisi keluarga. Projek menaiktaraf taman ini menelan belanja jutaan ringgit, namun ia amat berbaloi kerana ia mampu mengubah landskap taman ini yang dahulunya sunyi sepi kini menjadi ceria dan indah di waktu malam. Kini Taman Tema Air Pancut ini, mampu memberi keceriaan seisi keluarga.








Selasa, 14 Oktober 2014

PROMOSI Cuti Sekolah Kini KEMBALI!!!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Blog Dina Homestay.....

Alhamdulillah,bersyukur ke-hadrat ILLAHI kerana memberi kesempatan saya mengemaskini blog ini. Kini, Dina Homestay tampil dengan lebih berani menawarkan harga yang amat berpatutan disamping perkhidmatan yang ditawarkan berkualiti. PROMOSI ini akan bermula pada 21 November 2014 hingga 01 Januari 2015. Kami menawarkan harga yang cukup menarik iaitu untuk satu malam RM 160.00 manakala bagi mereka yang menginap dua malam atau lebih kami menawarkan harga RM 150.00.

Dengan kemudahan yang tidak dikurangkan dari harga semasa, kami menyediakan :

  • 3 bilik tidur, 2 bilik air
  • Bilik utama ( 1 katil queen + Penghawa dingin + Kipas )
  • Bilik kedua ( 1 katil queen + kipas )
  • Bilik ketiga ( 1 katil bujang + kipas )
  • Set Meja Makan
  • TV
  • Pemanas air
  • Cerek Elektrik, Periuk Nasi Elektrik dan pinggan mangkuk
  • Seterika dan papan seterika
  • Dapur untuk memasak
  • Lot pakir untuk 2 buah kereta ( dalam kawasan berpagar )
  • Toto dan 4 bantal disediakan secara PERCUMA

Dina Homestay dikelilingi dengan kejiranan yang mejoritinya berbangsa melayu. Terdapat juga kawalan keselamatan ( Rondaan Malam ) yang dijalankan oleh Rukun Tetangga dan juga Pasukan RELA. Selain itu terdapat juga Balai Polis yang berhampiran iaitu Balai Polis Tanjung Rambutan      ( 2.6 km - 5 minit ) dan Balai Polis Bercham ( 3.6 km - 7 minit ). Secara keseluruhannya kawasan ini selamat untuk didiami semasa percutian anda.

Setiap pelanggan Dina Homestay tidak perlu risau untuk mendapatkan bekalan makanan kerana terdapat banyak kemudahan tersebut seperti :

  • Sarapan pagi - Selain Restoren Mamak yang terdapat disini terdapat juga gerai - gerai kecil yang menjual kuih muih serta nasi lemak.
  • Makan Tengahari - Terdapat juga gerai yang menjual lauk pauk untuk anda menikmati makan tengahari. Jika anda ingin memasak, disini terdapat 3 buah kedai yang menjual ikan dan sayur segar disamping itu juga terdapat banyak kedai runcit dan juga kedai serbaneka.
  • Pasar Malam - Terdapat juga pasar malam di sekitar Dina Homestay seperti :
        1. Pasar Malam Taman Indah ( Isnin )
        2. Pasar Malam Taman Perpaduan ( Selasa )
        3. Pasar Malam Bandar Baru Putera ( Rabu )
        4. Pasar Malam Taman Arena Perpaduan ( Khamis )
        5. Pasar Malam Bandar Baru Putera ( Jumaat )
        6. Pasar Malam Bercham Raya ( Sabtu )
Destinasi pelancongan yang menarik berhampiran dengan Dina Homestay tidak disenaraikan disini kerana ia telah ditulis sebelum ini. Jika anda berminat untuk melihat tempat - tempat menarik sekitar Dina Homestay anda boleh melihat catatan yang terdahulu dalam blog ini. Sebagai penutup untuk kali ini, kami di Dina Homestay berbesar hati mengalu - alukan kedatangan anda sekelian. Kami amat berharap anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan kerana moto kami " KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Jika Berminat Hubungi :
Cikgu Mie : 0125920923
No. Akaun BSN : 08218-41-00003627-4 ( SAHARAWATI BINTI ABDUL HAMID )

Rabu, 4 Jun 2014

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak, sebuah kolej multidisiplinari yang menawarkan program latihan separa perubatan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Dibina atas tapak seluas 16.75 hektar, kolej ini terletak di pekan Tg. Rambutan pada jarak 2.8 km dari Dina Homestay ( 5 minit ). Ia mempamirkan senibina kontemporari dengan landskap pendidikan yang mengkagumkan. Kolej ini mula beroperasi pada 1 Julai 2011 dan menawarkan program pra perkhidmatan dalam bidang Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Kejururawatan dan Diploma Farmasi serta kursus pengkhususan dan lanjutan di peringkat Sijil dan Diploma Lanjutan. Sebagai kolej yang mendapat pengiktirafan dan sentuhan DiRaja, KSKB SAS telah mengambil langkah strategiknya mentransformasikan pendidikan sains kesihatan melalui jaringan dan jalinan ‘smart partnership’ ke arah mencipta penjenamaan, sambil meningkatkan kualiti penjanaan graduan yang berilmu, berketrampilan dan pengamal selamat dalam memperkasakan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.





Jumaat, 30 Mei 2014

Universiti Teknologi Mara ( Seri Iskandar Perak )

Universiti Teknologi MARA (Perak) terletak lebih kurang 48.4 km dari Dina Homestay. Ia mengambil masa kurang dari satu jam perjalanan melalui lebuhraya PLUS menuju ke Kuala Kangsar dan mengambil simpang keluar Jelapang. Seterusnya melalui jalan Meru sehingga memasuki Lebuh Raya Ipoh Lumut. Masa perjalanan boleh disingkatkan jika aliran trafik tidak begitu sibuk. Universiti Teknologi MARA (Perak) ditubuhkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan dibuka secara rasmi dalam 1985 di Bandar Baru Seri Manjung.

Kampus ini terletak Bandar Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah dan mempunyai keluasan 392.36 ekar. University memulakan operasi pada 1hb Januari 1999. Kampus ini terletak di lokasi yang strategik dimana ia berada diantara dua bandar iaitu Ipoh dan Lumut. Jalan raya Ipoh - Lumut, yang melalui Universiti Teknologi MARA (Perak) memudahkan para pelajar dan ibubapa untuk mengakses kedua-dua bandar  Ipoh dan Lumut.

Kampus telah membina asrama baru untuk pelajar dan mampu menampung maksimum 8000 pelajar. Sekarang , terdapat 9665 pelajar sepenuh masa di 30 program dan 418 pelajar sambilan di tujuh program, dengan 539 pensyarah sepenuh masa dan 359 pentadbiran dan kakitangan sokongan.

Selain bilik-bilik darjah, kemudahan lain boleh didapati ialah 38 makmal komputer dengan lebih daripada 1,000 komputer, Bilik teknologi, studio, bangunan dan bengkel-bengkel seramik, satu dewan serbaguna,sebuah perpustakaan dan kemudahan sukan tahap pencapaian yang pelbagai.



Rabu, 28 Mei 2014

Politeknik Ungku Omar ( PUO )

Politeknik Ungku Omar terletak lebih kurang 10.9 km yang mengambil masa lebih kurang 23 minit melalui jalan Bercham dari Dina Homestay.Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik tersebut di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato' Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan.

Pada mulanya Politeknik ini menumpang di bangunan Pusat Latihan Harian (DTC) Ipoh yang kemudiannya menjadi Maktab Perguruan Kinta. Untuk kumpulan 300 orang pelajar yang pertama, kuliah diadakan mulai 2 Jun 1969. Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri dari 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah ke kampus barunya dan ianya dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada waktu itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein

Politeknik ini didirikan dengan tujuan untuk memberi latihan kepada lulusan sekolah menengah dengan kelayakan SPM atau SPMV untuk menjadi juruteknik mahir dalam bidang juruteknik mahir dalam bidang kejuruteraan, pegawai eksekutif pertengahan dan separa profesional di sektor awam dan sektor swasta.

Pada peringkat awal, Politeknik ini cuma mempunyai empat Jabatan Akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan yang menawarkan pelbagai kursus di peringkat diploma dan sijil. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dan jabatan ini cuma menawarkan kursus tunggal pada peringkat Diploma. Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am.


Program Teknologi Maklumat, buat pertama kalinya ditawarkan oleh PUO pada Januari 1999 di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pada Julai 1999 pelaksanaan Program Teknologi Maklumat telah diletakkan di bawah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.Pada Januari 2007, Program Teknologi Maklumat telah diwujudkan di PUO dan telah diletakkan di bawah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Sejak permulaan hingga hujung 2007, PUO telah melahirkan sejumlah 50,822 orang graduan. Kini terdapat bekas pelajar PUO berkhidmat di pelbagai bidang aktiviti ekonomi negara dan mereka itu telah menyumbangkan kemahiran serta tenaga dalam proses pembinaan negara. Kejayaan ini adalah berkat usaha bersama semua pihak termasuk pensyarah dan kakitangan lain yang kini berjumlah 681 orang.

Pada 1 September 1999, Maktab Perguruan Kinta menyerahkan kampusnya kepada PUO. Kini kampus bekas maktab dinamakan Kampus B dan digunakan sepenuhnya oleh Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am, Unit Kokurikulum dan Unit Pepreriksaan. Perkembangan dalam saiz kampus PUO adalah perlu untuk menampung pertambahan pesat dalam bilangan pelajar. Pada suatu hari nanti bilangan pelajar PUO dijangka akan menjejak 10,000 orang.







Sumber : Laman web rasmi PUO
Daisypath Anniversary tickers